Pembiayaan Barang dan Perkhidmatan


PEMBIAYAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN BERASASKAN TAWARRUQ adalah jual beli dimana koperasi bersetuju untuk membeli barang yang dicadangkan oleh anggota dan kemudian dijual kepada anggota dengan harga tangguh termasuk kadar keuntungan dan dibayar balik secara ansuran. Pembiayaan ini mengunakan konsep Tawarruq dimana ia adalah berkonsepkan jual beli komoditi patuh Syariah yang bertindak sebagai aset pendasar. Kaedah ini dijalankan melalui penjualan komoditi kepada Anggota/ penghutang dengan kaedah pembayaran ansuran. Seterusnya, pihak Anggota/penghutang akan menjual komoditi tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai

Kadar maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM 200,000.00 dan tempoh pembiayaan terbahagi kepada 3 iaitu :-

a) Hartanah – 10 tahun
b) Kenderaan – 9 tahun
c) Barangan Elektrik – 5 tahun

Kategori Pembiayaan Barangan dan Perkhidmatan Berasaskan Tawarruq adalah :-

a) Barangan kelengkapan rumah dan barangan elektrik
b) Kenderaan motosikal atau kereta
c) Takaful kenderaan

Kelayakan Pembiayaan Barangan dan Perkhidmatan :-

a) Telah menjadi anggota Koperasi
b) Surat pengesahan jawatan
c) Tidak melebihi umur 56 tahun
d) Tidak melebihi 60% pendapatan bulanan
e) Berjawatan tetap (bagi jawatan kontrak hendaklah mengikut tempoh perkhidmatan)

Permohonan hendaklah dibuat di atas borang rasmi KOOPJB dan pemohon hendaklah terlebih dahulu melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan.

Hubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk maklumat lanjut.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201

FAKS: 07-224 2933

WHATSAPP: 012 - 556 1540

Muat Turun Borang

Teruskan Berhubung