Bagaimana Menjadi Anggota Koperasi ?
Sila baca syarat-syarat berikut dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan untuk menjadi anggota.
Kelayakan menjadi anggota
a ) Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri Johor;
b ) Pegawai dan kakitangan Kerajaan Persekutuan;
c ) Pegawai dan kakitangan Badan-badan Berkanun;
d ) Pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan; dan
e ) Pegawai dan kakitangan Jabatan Kerajaan yang telah diswastakan.
Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah :
a ) Warganegara Malaysia ;
b ) Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
c ) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini ; dan
d ) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Permohonan menjadi anggota
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Fi Masuk
a ) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM 20.00 (Ringgit : Dua Puluh). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika pemohonanya ditolak oleh Lembaga.
b ) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 50.00 (Ringgit : Lima Puluh).
c ) Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu tidak dikenakan fi masuk.
d ) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
***Rujuk Undang-Undang Kecil Bahagian IV Keanggotaan untuk maklumat Lanjut.
NOTA :
Sebelum anda mengemukakan Borang Permohonan ini, sila pastikan perkara-perkara yang berikut adalah disertakan:-
a ) Salinan kad pengenalan atau kad waran (anggota polis) yang disahkan benar
b ) 1 salinan slip gaj terbaru yang disahkan benar
c ) Bagi pemohon yang menggunakan khidmat potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa hendaklah melengkapkan SURAT PENGAKUAN BORANG BPA 1/79 yang boleh didapati di pejabat KOOPJB
d ) Pengakuan/ikar anggota yang telah ditandatangani
e ) Borang penama
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933