Derma Kebajikan Khairat Kematian
Tujuan Kebajikan Khairat Kematian adalah untuk member bantuan kepada anggota-anggota yang berada dalam kesusahan kerana perkara-perkara berikut :-
a) Kematian;
b) Membiayai perbelanjaan pengurusan jenazah dan sebagainya apabila berlaku kematian pada anggota dan keluarganya.
Kadar Bantuan/Sumbangan yang diberikan kepada penerima adalah seperti berikut :
a) Kematian anggota sebanyak RM 1,000.00;
b) Kematian suami atau isteri anggota sebanyak RM 500.00;
c) Kematian ibu bapa anggota sebanyak RM 300.00;
d) Kematian anak kandung, anak angkat dan anak tiri yang sah sebanyak RM 300.00; dan
e) Jumlah bantuan atau sumbangan bagi tujuan selain daripada yang ditetapkan di atas adalah bergantung kepada budi bicara Lembaga untuk menentukan.
Bagi memproses permohonan,waris atau pemohon hendaklah melengkapkan dokumen-dokumen tersebut :-
a) Borang Permohonan
b) Salinan Sijil Kematian
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Surat Beranak
e) Salinan Sijil Nikah
Hubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk maklumat lanjut
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933
WHATSAPP: 012 - 556 1540