PENGURUSAN
• Menyimpan rekod Fail Timbul yang tersusun.
• Mengendalikan pengurusan Koperasi dengan cekap dan lancar.
• Memastikan perkara-perkara berkaitan urusan rasmi dan tindakan susulan diselesaikan
dengan tempoh yang singkat.
• Memantau dan mengawal urusan berkaitan SKM dan pihak ketiga.
• Mengetuai, mengurus dan memantau perjalanan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
• Menyediakan koperasi ke arah produk-produk Patuh Syariah sepenuhnya.
• Menghasilkan kertas kerja bagi permohonan pembiayaan atau geran SKM yang layak
dipohon.


SUMBER MANUSIA
• Memastikan disiplin pekerja dari segi kehadiran, prestasi, imbuhan sesuai dengan
bebanan kerja dalam operasi harian lebih baik.
• Menguruskan urusan penstafan, pelantikan, kenaikan gaji dan pangkat/gred, persaraan
dan kemudahan-kemudahan yang diberikan agar tidak terlepas pandang.
• Menjaga kebajikan pekerja agar keselesaan dan manfaat sebagai pekerja menjadi
panduan untuk bekerja dengan semangat.
• Mengurangkan masalah disiplin pekerja yang tidak efisyen, tidak berkualiti, dan tidak
komited dengan tugas dengan mengeluarkan surat peringatan, amaran, penamatan tugas.

PERNIAGAAN AR-RAHNU
• Menyediakan perkhidmatan dan faedah kepada anggota-anggotanya dan individu yang
memerlukan perkhidmatan pajak gadaian atas landasan yang selari dan sesuai dengan
Syariat Islam.
• Menyediakan dan menyemak Aturan Aktiviti Koperasi, Garis Panduan, Peraturan dan
Pekeling yang berkaitan dengan Ar-Rahnu dari semasa ke semasa.
• Memastikan Perniagaan Ar Rahnu mematuhi Arahan Statutori SKM Bilangan 2 Tahun
2022 (terkini).
• Mengemukakan Laporan Suku Tahun DSR dan Perolehan sebelum 1 Mei, 1 Ogos, 1
November dan 1 Februari mengikut sesi yang berkaitan kepada SKM.
• Menyenaraikan harga emas setiap hari.
• Melaksanakan promosi Ar-Rahnu, boerkolaborasi dengan JK Promosi.
• Meningkatkan pendapatan Ar-Rahnu setiap bulan dengan target RM80,000 sebulan.
• Menguruskan lelongan barang emas.
• Menyediakan laporan penggadai baru.
• Menguruskan tender-tender Ar-Rahnu yang berkaitan dan bersesuaian.

HAL EHWAL ISLAM
• Mengenalpasti dan peka dengan Takwim Negeri Johor.
• Menganjurkan program keagamaan yang bersesuaian mengikut tarikh-tarikh hijrah dan berkolaborasi dengan JK Latihan (sekiranya perlu).
• Menguruskan pemberian kurma.

UUK & ATURAN
• Menggubal dan membuat pindaan terhadap UUK dan Aturan aktiviti Koperasi mengikut
keperluan semasa.
• Menyemak keputusan Mesyuarat Lembaga yang kurang jelas dari segi perundangan.
• Menyemak Aturan Aktiviti setiap Jawatankuasa.
• Memantau perjalanan Koperasi supaya tindakan Koperasi tertakluk kepada Akta,
Peraturan, Pekelilinh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
• Memastikan UUK & Aturan Aktiviti Koperasi sentiasa dikemaskini selari dengan peredaran
zaman dan keperluan semasa berlandaskan Akta, Peraturan, Garis Panduan (GP) dan
Pekeliling yang berkaitan.
• Memastikan semua pindaan dihantar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk
pengesahan sebelum Koperasi mengaplikasikannya secara total.
• Membukukan UUK dan Aturan Aktiviti Koperasi yang terkini.


KEANGGOTAAN
• Merancang strategi menambahkan anggota Koperasi.
• Memastikan penambahan anggota dengan capaian target 10 orang setiap bulan.
• Mengenalpasti anggota-anggota yang bersara supaya sumbangan kepada anggota-
anggota bersara dapat diberikan mengikut jumlah dan tempoh yang termaktub di dalam Aturan Aktiviti Keanggotaan.

KEBAJIKAN
• Memastikan kebajikan & khairat anggota dan pekerja dijaga.
• Peka dengan persekitaran anggota sekiranya ada berlaku sebarang musibah seperti
kemalanganm kematian dan yang berkaitan.
• Menyemak dan memproses semua permohonan kebajikan dan khairat.

PROMOSI
• Melakukan promosi ke atas produk-produk Koperasi seperti Ar-Rahnu, Pembiayaan,
Sewaan dan perniagaan Koperasi yang lain.
• Membuat risalah promosi yang merangkumi keanggotaan dan produk Koperasi.
• Melaksanakan promosi keanggotaan di dalam semua medium yang bersesuaian.
• Target keanggotaan dalam setahun ialah 120 orang anggota baru.
• Target Promosi ke jabatan-jabatan dalam setahun ialah 10 buah jabatan.
• Memikirkan satu kaedah berkolaborasi dengan mana-mana agensi bagi
mengetengahkan Koperasi khususnya dan produk-produk Koperasi amnya.

LATIHAN DAN PENDIDIKAN
• Memastikan setiap anggota dan pekerja Koperasi mendapatkan kursus yang bersesuaian.
• Memastikan anggota dan pekerja Koperasi yang ingin mengikuti mana-mana program
latihan hendaklah melalui Jawatankuasa.
• Berusaha mencapai target 1 orang 2 kursus setahun.
• Memastikan penjawatan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit
Dalaman (JAD) telah melengkapi Kursus Wajib 1, 2, 3 dan Wajib JAD.
• Memastikan program jawatankuasa lain yang berkonsepkan kursus, latihan, bengkel dan
seminar dipantau dan dikawalselia agar selari dengan kehendak dan keperluan kewangan
dan peruntukan.
• Menerima dan memproses semua permohonan untuk memgikuti program-program latihan
daripada anggota dan pekerja Koperasi.
• Membuat pemberitahuan tentang program-program latihan kepada anggota dan pekerja
Koperasi.
• Membuat penilaian dan kajian ke atas keberkesanan program-program latihan yang
dicadang, dianjur dan dijalankan.

KEWANGAN
• Memastikan keperluan kewangan sentiasa mencukupi bagi menampung permintaan
pembiayaan dengan menyediakan Bajet Tunai dan Laporan Kewangan kepada Anggota
Lembaga Koperasi.
• Menyediakan Unjuran Keperluan Tunai setiap bulan dan membentangkannya di
Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.
• Menyediakan Laporan Tunai termasuk baki Buku Tunai dan baki Bank setiap hari kepada
Pengerusi bagi memastikan keperluan.
• Menyediakan Penyata Kewangan Bulanan dan Tahunan untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan dan kepada Suruhanjaya Koperasi mengikut tarikh-tarikh yang
ditetapkan
• Mengemukakan Laporan Suku Tahun DSR dan Perolehan sebelum 1 Mei, 1 Ogos, 1
November dan 1 Februari mengikut sesi yang berkaitan kepada SKM.

PEMBIAYAAN
• Memastikan keperluan kewangan sentiasa mencukupi bagi menampung permintaan
pembiayaan dengan menyediakan Bajet Tunai dan Laporan Kewangan kepada Anggota
Lembaga Koperasi.
• Meningkatkan jumlah Pembiayaan Koperasi kepada anggota koperasi yang berkelayakan
• Mengadakan promosi setiap bulan {tertakluk kepada paras minima wang tunai} bagi
memperkenalkan produk-produk pembiayaan koperasi dan memastikan urusan
pembiayaan koperasi berjalan dengan baik.
• Menambahkan amaun pembiayaan yang dikeluarkan sebanyak 15 % setiap tahun dengan
memastikan kewangan yang mencukupi.
• Memastikan anggota yang layak mendapat pembiayaan dalam masa tiga hari dari tarikh
penerimaan borang permohonan pembiayaan yang lengkap melalui M2E.
• Menetapkan paras minima baki wang di bank atau mana-mana pelaburan yang mudah
cair bagi memastikan setiap permohonan pembiayaan dapat dipenuhi termasuk
mendapatkan pembiayaan dari SKM atau lain-lain Institusi yang dibenarkan.

UNIT PEMULIHAN KREDIT (UPK)
• Melaporkan Senarai bulan terkini anggota yang tidak diterima potongan pembiayaan
melalui laporan Biro ANGKASA, Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak Diterima Bayaran Daripada
Bendahari/Akauntan pada setiap Mesyuarat Jawatankuasa.
• Melaporkan tindakan yang telah diambil bagi laporan senarai bulan sebelumnya pada
setiap Mesyuarat Jawatankuasa.
• Mengenalpasti anggota Koperasi yang memerlukan bantuan dalam menguruskan
bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
• Target tiga (3) orang dalam satu (1) bulan.
• Menganalisa dan menyimpan rekod skala SPEKAR anggota koperasi setiap bulan bagi
tujuan pemantauan dan penilaian.

SEWAAN
• Memastikan kutipan sewaan Koperasi setiap bulan dikutip mengikut ketetapan di dalam
kontrak sewaan.
• Menyediakan laporan sewaan setiap bulan untuk dibawa dan dibentangkan di dalam
Mesyuarat Lembaga setiap bulan.
• Melaporkan status terkini keadaan premis dan Penyewa dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

PELABURAN SEKURITI
• Merancang segala aktiviti pelaburan dan pembangunan yang dijalankan oleh Koperasi.
• Melaksanakan kajian kepada semua terbitan sekuriti yang ditawarkan kepada Koperasi
dengan berdasarkan laporan semasa daripada Suruhanjaya Sekuriti.
• Melaksanakan siasatan terhadap terbitan sekuriti tidak berjamin dan pasaran semasa
berlandaskan laporan agensi pemberi gred sekuriti bank di dalam atau luar negara.
• Melaksanakan kerja untuk mendapatkan semula wang pelaburan Koperasi yang telah
dilaburkan pada pelaburan dan sekuriti yang tidak terjamin atau didapati rugi.
• Membentangkan laporan aktiviti pelaburan di dalam Mesyuarat Lembaga setiap bulan.
• Melaksanakan segala aktiviti pelaburan dan sekuriti mengikut undang-undang yang
berkaitan.

TEKNIKAL DAN PENYELENGGARAAN
• Memastikan aset Koperasi berfungsi dengan lancar dan selamat digunakan.
• Memelihara dan memanjangkan jangka hayat aset (selagi boleh).
• Meningkatkan keupayaan aset dengan mengurangkan kerosakan.
• Menetapkan kategori jenis penyelenggaraan iaitu di bawah Penyelenggaraan Pencegahan
(Preventive Maintenance) dan Penyelenggaran Pemulihan (Corrective Maintenance).
• Menyediakan dan menyemak Buku Panduan Penggunaan Aset.
• Menyediakan senarai aset yang memerlukan penyelenggaraan.
• Merancang penyelenggaraan dengan menyediakan jadual penyelenggaraan.
• Merekodkan setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan.
• Membuat penilaian terhadap hasil penyelenggaraan.
• Membuat dan memperakukan kehilangan, hapuskira dan pelupusan aset.

PENGURUSAN ASET
• Merekodkan penerimaan barang yang dibekalkan dengan meneliti nota minta/invois/surat
serahan “delivery order”.
• Menyemak dan menandatangani surat serahan.
• Memperakukan spesifikasi kualiti dan kuantiti barang yang dibekalkan adalah sama
sebagaimana yang dikehendaki di dalam nota minta.
• Menyemak nombor siri pendaftaran setiap aset Koperasi dan dicatatkan pada Daftar Harta
Modal atau Daftar Inventori.
• Merekodkan perolehan bekalan pejabat di dalam Buku Daftar Bekalan Pejabat.
• Memastikan aset Koperasi tidak dibawa keluar dari Koperasi tanpa kebenaran.
• Menetapkan dua (2) orang Pegawai Pemeriksa Aset di kalangan Anggota Lembaga
Koperasi (ALK) untuk membuat pemeriksaan aset secara 100% ke atas Aset Tetap, Harta
Modal, Inventori dan bekalan pejabat.
• Menetapkan tarikh pemeriksaan aset (hujung tahun).
• Menetapkan Pegawai Aset yang bertanggungjawab di HQ dan Ar-Rahnu di kalangan
pekerja Koperasi.
• Memastikan aset Koperasi disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah
kawalan Penolong Akauntan.

ICT
• Meningkatkan secara menyeluruh sistem pentadbiran Koperasi berteraskan teknologi
maklumat dan komunikasi terkini.
• Menyemak keberkesanan penggunaan sistem dan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi Koperasi dalam urusan harian.
• Menguruskan media sosial Koperasi.
• Merangka kursus yang berkaitan bagi memberi pendedahan kepada anggota dan pekerja
Koperasi tentang ICT, berkolaborasi dengan Jawatankuasa Latihan.
• Melahirkan usahawan cyber di kalangan anggota Koperasi yang mempunyai perniagaan dan
produk sendiri.

LAMAN SESAWANG
• Mengemaskini laman sesawang Koperasi.
• Menyebar dan memasukkan input dan informasi tentang Koperasi dan aktiviti Koperasi dari
semasa ke semasa.
• Menjadikan laman sesawang Koperasi yang interaktif sebagai sebuah wadah yang mesra
pelanggan dan berkonsepkan “one touch”.
• Menyediakan satu tapak untuk mempromosikan iklan-iklan yang bersesuaian.

PERHUBUNGAN AWAM DAN ADUAN
• Menguruskan sesuatu lawatan atau kunjungan ke Koperasi merangkumi persiapan sebelum,
semasa dan selepas, berkolaborasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Majlis.
• Menerima dan menyemak adua-aduan yang diterima, mengkategorikannya sebagai aduan
berasas atau sebaliknya dan memperakukannya.
• Menyediakan Kotak Aduan.
• Sentiasa peka dengan aduan-aduan di sekeling Koperasi.

PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
• Menganjurkan kursus kemahiran (menerusi Jawatankuasa Latihan) seperti masakan, bakeri,
pastry, jahitan, refleksologi, kecantikan dan spa dan lain-lain kursus kemahiran yang boleh
menjana pendapatan anggota Koperasi.
• Merancang melahirkan usahawan-usahawan produktif, cemerlang dan berjaya di kalangan
anggota Koperasi.
• Mewujudkan satu ruang niaga atau kedai bagi usahawan-usahawan di kalangan anggota
Koperasi bagi mempromosikan dan menjual produk-produk.
• Mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang luas (nerworking) di kalangan anggota Koperasi.
• Mencari peluang-peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan Koperasi.

HUTANG TIDAK BERBAYAR (NPL)
• Target Mengurangkan Jumlah NPL setahun ialah sebanyak RM500,000.00.
• Mengenalpasti anggota Koperasi yang gagal membayar hutang pembiayaan Koperasi
mengikut ketetapan yang telah dipersetujui bersama.
• Mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota, pekerja dan bekas pekerja Koperasi
yang gagal membayar hutang pembiayaan Koperasi mengikut ketetapan yang telah
dipersetujui bersama.
• Mengemaskini senarai nama yang akan dihantar ke DCA.
• Menyediakan dan membentangkan laporan usaha-usaha kutipan NPL secara panggilan
telefon dengan menyediakan satu format laporan yang khusus yang merangkumi nama
anggota, nombor anggota, nombor telefon anggota dan kekerapan panggilan dibuat.
• Mengenalpasti kategori-kategori NPL.
• Melaporkan status terkini Senarai NPL yang aktif bayar.

PENGURUSAN RISIKO
• Meyediakan penilaian bebas mengenai kecukupan dan ketahanan proses pengurusan
rsiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan yang efektif.
• Meningkatkan peluang untuk mencapai objektif Koperasi, mempertingkatkan keupayaan
tadbir urus, mengupayakan Koperasi untuk mengenalpasti dan menangani risiko serta
ancaman, mewujudkan asas yang kukuh untuk membuat perancangan dan keputusan,
mengurangkan kemungkinan kerugian dan mengukuhkan keupayaan daya tahan
Koperasi.
• Memastikan Koperasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan
berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan
tadbir urus.
• Memastikan Koperasi mempunyai rangka kerja Pengurusan Risiko yang komprehensif.
• Mengkaji dan mengesyorkan strategi pengurusan risiko dan dasar Koperasi dan
mengawal risiko pada tahap yang munasabah.
• Memastikan langkah-langkah strategik dan tindakan yang berkesan dapat diambil bagi
mengurangkan kesan risiko yang boleh menghalang dan menjejaskan pencapaian
matlamat Koperasi.
• Menyemak Kawalan Dalaman bagi memastikan urus risiko masih relevan dan sesuai serta
memastikan Pengurusan Risiko di Koperasi dipantau dengan menyediakan struktur dan
pelan pengurusan risiko yang komprehensif serta dilaporkan secara berkala di dalam
Mesyuarat Lembaga.
• Bertanggungjawab meningkatkan akauntabiliti Koperasi dan memupuk kecemerlangan
Pengurusan Koperasi yang profesional dan bebas serta memastikan Koperasi
mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.

SOSIAL
• Menganjurkan lawatan sosial, lawatan sambil belajar atau lawatan penanda aras di dalam
negeri atau keluar negara, berkolaborasi dengan JK Latihan.
• Target:
Lawatan Penanda Aras ke KL
Hari Keluarga KOOPJB 2024

SUKAN
• Menganjurkan acara-acara sukan untuk anggota, keluarga anggota, pekerja Koperasi dan
keluarga pekerja Koperasi.
• Target:
Pertandingan Bowling KOOPJB 2024
Pertandingan Treasure Hunt KOOPJB
Pertandingan Badminton KOOPJB 2024
KOOPJB Run

GALAKAN PENDIDIKAN
• Mengenalpasti dan memperakukan calon-calon yang layak menerima sumbangan galakan
pendidikan.
• Mengadakan perbincangan bagi meneliti kriteria-kriteria yang layak menerima sumbangan
galakan pendidikan.
• Membuat penilaian terhadap permohonan-permohonan yang diterima.
• Mengemaskini jenis-jenis peperiksaan di Malaysia mengikut peredaran semasa.

Teruskan Berhubung