BAHAYA TIDAK MELUNASKAN HUTANG

Bahaya kepada Penghutang…

1) Penyebab seorang hamba terhalang memasuki Syurga. (Sunan Ibnu Majah, hadis no. 2412).

2) Pahala penghutang akan diserahkan kepada pemberi hutang. (Sunan Ibnu Majah, hadis no. 2414).

3) Roh penghutang akan tergantung (Sunan At-Tirmidzi, hadis no. 1078).

4) Penghutang kembali kepada Allah dengan status sebagai pencuri pada Hari Kiamat (Sunan Ibnu Majah, hadis no. 2410).

5) Allah akan memberi kehancuran kepada penghutang (Shahih Al-Bukhari, hadis no. 18).

6) Dosa hutang tidak akan diampuni sekalipun mati sebagai Syahid (Shahih Muslim, hadis no. 1886).

7) Nabi enggan menyembahyangkan jenazah orang yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang (Shahih Bukhari, hadis no. 2289).

8) Menjadi sebab wujudnya permusuhan dan dendam dalam masyarakat.

9) Terputusnya tali silaturahim.

10) Membawa kepada pergaduhan bahkan pembunuhan.

11) Hilangnya keberkatan rezeki. Meskipun seseorang itu memiliki harta yang banyak tetapi jiwanya tak peenah merasa cukup.

12) Hidup orang yang berhutang sentiasa terumbang ambing dan hilang ketenteraman.

13) Harga diri (maruah) semakin terhakis kerana kebiasaan berhutang di sana sini.

14) Hutang menyebabkan pelakunya terdedah kepada sifat orang munafiq kerana seringkali cuai dan mungkir janji untuk melunasi hutang.


Moga jadi pelajaran buat kita bersama.


SEMOGA BERMANFAAT

TAWARAN PEMBIAYAAN PEMBAHARUAN ROADTAX DAN INSURANS KENDERAAN

Koperasi menawarkan pembiayaan memperbahrui Cukai Jalan dan Insurans Kenderaan kepada Anggota Koperasi sehingga maksimum RM3,000.00.
Kelebihan perkhidmatan ini:

  1. Terbuka kepada semua Anggota Koperasi tertakluk kepada had pembiayaan 60%
  2. Tiada Caj Faedah Perkhidmatan bulanan.
  3. Yuran Proses serendah RM20 bagi pembiayaan RM100 – RM500 dan RM30 bagi pembiayaan RM501 – RM3000.
  4. Pembiayaan sehingga tempoh 10 bulan sahaja.
    Hubungi kami di 07-223 2201/0201 untuk sebarang pertanyaan atau WhatsApp kami di 011-1123 2201

Makluman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , sebagai makluman kepada semua yang mengenali Allahyarham En. Sufianhadi bin Mohd Rais . Dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai pada jam 3.30 petang setelah selesai disembahyangkan di Surau berhampiran kediamannya di Taman Pulai Flora .

KOOPJB menzahirkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham . Seterusnya ucapan Terima Kasih kepada semua yang hadir dan mereka yang menguruskan jenazah Allahyarham .

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya

“غفر الله له ورحمه رحمة الأبرار، وأسكنه فسيح الجنان

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin.

Salam Takziah

Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun (31/10/2022)

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham En. Sufianhadi bin Mohd Rais (Anggota Lembaga Koperasi) – Setiausaha Koperasi.

Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah,

Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah,Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,

Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad ..

Amin ..